![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJOMAW4bT31AnRraTB8fge5UsTME5BeS66iyvib5Cjouw1jKa22GRGwYH7xALpLuuvp_Na0N8HWpaLMK19q-VuoNAjZK4EOfdDOU3ve8rcvQo_vtUlUG_UX9mslMD_k-PVW0kghmrABRmF/s400/spaceball.gif)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibVAIFgjoBPKBJD9Zh87Mctr_VkLP_Zomcpg2izcn6nlpKC7SEJmwfx2fZJbXfAwH8fxb3iIRx2Q6Zh2NH6-t624Tm_K2ZvqQWej5REYoOhdd3mS88lTF35cGN_y0P173gn0Pz6ycGeBKL/s400/topb03.jpg)
Adityavarman dipercayai telah menubuh kerajaan Pagar Ruyung dan memerintah di kawasan Sumatra tengah dari 1347 hingga 1375 dan menguasai perdagangan emas di sana. Beberapa artifak yang ditemui dari era pemerintahan Adityawarman ini termasuk batu-batu yang mengandungi inskripsi dan beberapa tugu-tugu. Artifak-artifak ini kebanyakkanya dijumpai di Bukit Gombak, sebuah bukit yang berdekatan dengan kawasan Pagar Ruyung moden, dan dipercayai telah berdiri sebuah istana di sana.
Menjelang kurun ke-16, selepas pemerintahan Adityawarman, diriwayatkan bahawa pemerintahan beraja berpecah kepada tiga. Mereka adalah "Raja Alam", "Raja Adat" dan "Raja Ibadat". Mereka bertiga dikenali sebagai "Rajo Tigo Selo" atau Raja Tiga Kedudukan.
Orang Eropah pertama yang memasuki daerah ini adalah Thomas Dias, seorang Portugis yang digaji oleh gabernor Belanda d pada masa itu Dia dikatakan mengembara dari pantai timur untuk tiba ke kawasan tersebutdan melaporkan, kemungkinannya dari cerita orang, bahawa terdapat istana di Pagaruyung dan pelawat perlu melalui tiga pagar untuk memasukinya. Dia melaporkan bahawa kerja utama penduduk tempatan pada masa itu merupakan mendulang emas dan pertanian.
Peperangan saudara berlaku pada tahun 1803 di antara puak fundamentali yang dikenali sebagai Kaum Padri dengan keluarga diraja Pagar Ruyung. Semasa konflik ini, ramai keluarga diraja Minangkabau telah terbunuh pada 1815 atas perintah Tuanku Lintau.
Pihak Inggeris telah menguasai kawasan persisiran barat Sumatra dari 1795 hingga 1819. Samford Raffles telah menziarahi Pagar Ruyung pada 1818, tiba ke sana melalui pantai barat, dan ketika itu telah dibakar hangus ketanah sebanyak tiga kali. Ia dibina semula selepas dua kebakaran pertama, tetapi ditinggalkan selepas kebakaran ketiga dan Raffles mendapati hanya pokok beringin/ waringin saja yang tinggal.
Pihak Belanda kembali ke Padang pada Mei 1819. Hasil perjanjian dengan beberapa orang penghulu dan waris keluarga di raja Minangkabau yang dibunuh, pasukan Belanda membuat serangan pertama mereka ke atas kampung Padri pada April 1821.